Sunday, July 3, 2011

Arena Sport Unik ! Padang Golf Pertama di Dunia Untuk kaum Nudis

,

Ini sebuah konsep permainan golf yang baru dan pertama di dunia. digelar sebagai Naturist Golf.
La Jenny, sebuah resort di pantai barat Perancis - tidak terlalu jauh dari Bordeaux, dikatakan sebagai resort golf naturalist satu-satunya yang ada di dunia ini. La Jenny dibentuk pada tahun 1993 dan diperluas sehingga merangkum keluasan 9 hektar pada tahun 2009.



Dengan hanya mempunyai 6 lubang, padang golf di sini tidaklah terlalu besar seperti lapangan standard untuk kejuaraan golf yang biasanya mempunyai lebih dari 18 lubang dengan keluasan paling kurang 60 hektar. tempatnya dianggap memadai memandangkan tak ramai orang yang sanggup menghabiskan masa yang lama berjalan di padang yang luas tanpa seurat benang. Keenam-enam lubang itu termasuklah 4 par 3s dan 2 par 4s.



Resort ini turut menyediakan sesi pembelajaran golf secara individu dan berkumpulan dengan tenaga professional terlatih. Di sini tidak terdapat sebarang halangan dari segi peraturan termasuklah keperluan untuk memiliki handicap adalah tidak diwajibkan. Slogan mereka; "At La Jenny, golf is available for everyone. See you soon for a tee-off."

http://pangkalan-unik.blogspot.com/2011/07/arena-sport-unik-padang-golf-pertama-di.html

0 komentar to “Arena Sport Unik ! Padang Golf Pertama di Dunia Untuk kaum Nudis”

Post a Comment

Jangan Lupa Tinggalin komentar di wahw33d. Kamu bisa Bertanya dan memberikan tanggapan artikel diatas. Tapi jangan nyepam yah.. hehe

 

wahw33d Copyright © 2009 - 2012 | Template Modified by GooGrape | Powered by Blogger